• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Pesta Konvokesyen UniSZA kali ke-6 2014

05 hingga 08 November 2014 – Pesta Konvokesyen UniSZA kali ke-6 2014

5 hingga 8 Ogos 2014, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) mengadakan pameran sempena Pesta Konvokesyen UniSZA kali ke-6 2014. Pameran ini bertempat di tapak pameran bersebelahan pos pengawal dua. Program ini telah di rasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom (Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA)

Pameran yang di adakan dengan usahasama Fakulti dan Institut yang berada dalam UniSZA dan turut dimeriahkan dengan kehadiran agensi luar. Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA) merasa sangat bertuah dengan program pameran yang diadakan ini. Program ini telah juga mengukuhkan hubungan antara institut kami dengan masyarakat setempat disamping berkongsi kepakaran yang ada pada kami, seperti kepakaran tentang “kualiti air”,"kualiti udara" dan sebagainya. 

DSC 7596DSC 7608

DSC 7579DSC 7598

Kami di ESERI juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan peralatan-peralatan kajian saintifik dan alat astronomi kami kepada pelajar-pelajar serta masyarakat. Melalui program ini, UniSZA secara tidak langsung telah mempromosi peranan ESERI kepada pelajar-pelajar dan masyarakat awam. Ia juga merupakan tanggungjawab sosial ESERI kepada masyarakat.

Melalui pengisian tersebut, para pelajar dan masyarakat  dapat merasai keghairahan untuk mempelajari sains seterusnya meneroka alam sains yang menyeronokkan serta penuh dengan cabaran dan ia diharap dapat mengatasi masalah kemerosotan minat pelajar dan masyarakat  untuk mendalami dunia sains. 

DSC 7618DSC 7667

Lebih banyak artikel..