Persekitaran dan Sumber Daya

Persekitaran dan Sumber Daya

Unit ini ditubuhkan sebagai unit penjana dan pengembang ilmu pengetahuan mengenai masyarakat, kebudayaan, pembangunan sosial dan persekitaran fizikal.  Unit ini juga akan berperanan sebagai pusat penyelidikan, rujukan dan wacana dalam disiplin alam sekitar yang peka kepada pelbagai aliran pemikiran terkini mengenai masalah alam sekitar  sesuai dengan peredaran masa, cabaran, impak dan isu pembangunan serta persekitaran selaras dengan matlamat institut.  Unit ini juga melibatkan penggunaan undang-undang yang mana peruntukan perundangan akan dikaji bagi membantu membuat keputusan yang tepat berkenaan gerak kerja yang perlu dilakukan pada masa kini dan juga masa hadapan.  Ia juga bertanggungjawab dalam menentukan polisi dan sosio-ekonomi secara lebih menyeluruh.  Unit ini turut bakal memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat berbentuk teknikal kepada yang lebih mudah diserap dan difahami oleh masyarakat.