PERBINCANGAN DAN LAWATAN KERJA KE LOJI OPERASI SISTEM AIR SISA KERTAS DAN PULPA

13 & 14 Julai 2023 | 24 & 25 Zulhijjah 1444H
Rentetan hasil mesyuarat pada 17 Mei 2023, Felo Penyelidik merangkap Timbalan Pengarah ESERI, Ts. Dr. Abdul Rahman bin Hassan telah dijemput sekali lagi sebagai Pakar Rujuk dalam bidang rawatan air sisa. Turut dihadiri bersama, seorang penyelidik ESERI, Dr. Nurul Hannan Mohd Safari.
Fokus utama sesi kali ini adalah membincangkan solusi terbaik yang boleh diusulkan dalam permasalahan loji rawatan air sisa serta pembekalan sumber air terawat. Selain itu, satu sesi lawatan ke loji rawatan air sisa diadakan bagi melihat dengan lebih jelas proses-proses yang terlibat.
Perbincangan turut memfokuskan kepada potensi jalinan kerjasama antara pihak industri dan ESERI, UniSZA yang dapat dilakukan pada masa hadapan.
Semoga kerjasama ini berterusan dan perbincangan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
361109987 819836253089894 2397721849578501188 n
362638161 819836219756564 3540077883619520090 n
362655670 819836246423228 4661775278848696000 n
362659681 819836213089898 1746290656623509005 n
 

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JAKOA BERSAMA ESERI KE PROJEK BEKALAN AIR TERAWAT DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI NEGERI KELANTAN

Lawatan kerja projek bekalan air terawat selama dua hari, yang bermula pada 18 - 19 Jun 2023 telah melibatkan tiga agensi kerajaan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA.
Delegasi dari ESERI telah diketuai oleh Timbalan Pengarah ESERI sendiri iaitu, Ts. Dr. Abdul Rahman bin Hassan yang merupakan seorang pakar sistem rawatan air, serta diiringi oleh beberapa penyelidik dari institut berkenaan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak ESERI termasuklah pensampelan kualiti air serta analisis in-situ di tiga buah Sistem Telaga Tiub Air Bawah Tanah, di perkampungan orang asli iaitu Kg. Jias, Langsat dan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan.
Perbincangan serta perkongsian idea yang bermanfaat telah berjaya diutarakan bagi kepentingan serta kemajuan bekalan air bersih dan terawat khususnya untuk kegunaan perkampungan orang asli.
Semoga kehadiran pihak penyelidik ESERI pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan diharapkan kerjasama ini berterusan pada masa hadapan. Terima kasih.
355471535 799279358478917 2269187908140679964 n
355490343 799279578478895 6993426734151434717 n
355648090 799279385145581 8792545045924966629 n
355658769 799279418478911 5594744307982801632 n
355669493 799279415145578 6827061101928588653 n

MPI 2023

MPI 2023 telah melabuhkan tirainya. ESERI telah membawa 2 produk iaitu:
1. Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Falak melalui Kaedah Hibrid: Permainan Interkatif dan Implementasi Augmented Reality (AR) yang diketuai oleh Prof Madya Ts. Dr. Roslan Umar - Gold Awards.
2. Organic Cajuput Oil Organic Body and Face Soap yang diketuai oleh Ir. Dr. Azimah Binti Ismail. - Bronze Awards.
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong bagi ahli lain untuk terus melaksanakan penyelidikan dan berinovasi. Ilmu demi faedah insan harus terus dikembangkan dan disebarkan.
350774451 2836195266515844 2730269435136315258 n
]350774392 562822226036056 921914617907561060 n
350785017 775036134115418 2516416660552897438 n
 

Kematian Ikan Tilapia di Tasik UniSZA

Sidang media bersama media massa dan awam dalam menerangkan kejadian kematian ikan tilapia bersaiz sederhana dan besar di Tasik UniSZA. Hasil bacaan data in-situ mendapati bacaan oksigen terlarut agak kritikal iaitu pada purata 3.27 mg/L. Analisis makmal lanjut akan mengesahkan parameter penyebab kematian ikan-ikan ini.

346275709 233094792677094 1312176104190402929 n

346288779 1428559467917352 4967834797842499442 n

346452709 1171561096852358 2908180814156976389 n

 

LAWATAN SEKSYEN KAJIAN FALAK, BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM KE ESERI

11 Mei 2023 | 20 Syawal 1444
ESERI telah menerima kunjungan daripada Seksyen Kajian Falak, Bahagian Penyelidikan JAKIM dan berbincang untuk potensi kerjasama dalam beberapa projek berkaitan Falak.
Kunjungan Ustaz Khairul Anuar bin Yazid dan Ustaz Shahril Azwan bin Hussin dari JAKIM telah disambut oleh Prof Madya Ts. Dr. Roslan Umar, Pengarah ESERI bersama staf ESERI dan pelajar Sarjana dalam bidang Falak.
346264606 2834505563352768 5205003907535018205 n
346287794 630967155564370 1073367943786232324 n

Lebih banyak artikel..