Program Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tenaga

DSC 8946

 

KUALA TERENGGANU, 13 Jan 2015 - Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah melancarkan satu “Kempen Kitar Semula dan Penjimatan Tenaga” yang berlangsung di pejabat ESERI.

Kempen penjimatan merupakan program utama yang di jalankan dalam usaha untuk membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dalam kalangan warga UniSZA terutamanya. Kempen ini mengsasarkan untuk mengurangkan kos operasi dalam UniSZA dengan mempraktikan budaya berjimat cermat terutama dalam penggunaan bekalan kertas, elektrik dan air.

Selain itu, kita di ESERI mengajak semua warga UniSZA untuk mengamal dan membudayakan Kitar Semula seperti mengasingkan, mengumpul, memproses bahan kegunaan harian dan bahan yang telah digunakan dalam kehidupan.Amalan ini dengan menghasilkan satu produk yang baru untuk mengelakkan pembaziran bahan yang masih boleh dipakai, mengurangkan penggunaan bahan mentah dan tenaga, mengurangkan pencemaran udara daripada pembakaran sisa-sisa terbuang, mengurangkan pencemaran air daripada tapak perlupusan dan mengurangkan gas kesan rumah hijau. Bahan yang boleh dikitar semula mengandungi banyak kategeri iaitu kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak dikategeri sebagai kitar semula. Bahan-bahan yang hendak dikitar semula akan dikategerikan sebelum ia dibersihkan, kemudiannya bahan tersebut akan diproses semula menjadikan produk baru. Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar.

Kita harus mengamalkan amalan penjimatan tenaga dan amalan kitar semula untuk melindungi bumi kita.