Penilaian Risiko dan Kesihatan Alam Sekitar

Penilaian Risiko dan Kesihatan Alam Sekitar

Unit ini  merupakan unit yang berperanan penting dalam menjalankan kajian penilaian risiko kesan dan akibat daripada pencemaran yang berlaku ke atas alam sekitar dan hidupan. Ia merangkumi risiko keseluruhan ekosistem termasuk manusia yang terdedah, atau telah menerima impak daripada media-media seperti air, udara dan tanah. Ia juga merangkumi kesan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kesan  sedimentasi  dan  hakisan pantai  di  samping kajian penggunaan  produk-produk atau kesan  pendedahan  yang berlaku  di tempat  kerja. Unit ini  akan berperanan dalam menyiasat  dan mengenalpasti  punca,  pengawalan  dan  pencegahan  ke  atas  risiko  daripada  pendedahan  ke  atas pencemaran dan bencana yang berlaku.