Makmal Forensik Pintar

Makmal Forensik Pintar

Unit ini merupakan makmal berpusat untuk ESERI yang bertanggungjawab untuk mengendalikan analisis analisis kualiti dan forensik alam sekitar, baik ujikaji di dalam makmal mahupun ujikaji di tempat kejadian.  Unit ini merupakan unit yang  berperanan penting sebagai penyokong  kepada  kesemua  unit-unit  yang  berada  di  bawah  institut  ini. Penubuhan unit ini akan dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu seksyen makmal eksploratori data analisis dan pemodelan, seksyen makmal sains, dan seksyen makmal bergerak. Penubuhan  unit  ini   seterusnya  akan  disusuli  dengan  permohonan  untuk  mendapatkan pensijilan ISO9001 dan ISO/IEC17025, bagi memastikan segala hasil analisis yang dibuat diunit  ini  dapat memenuhi  piawaian  standard  yang  ditetapkan. Unit  ini  akan  menjalankan penyelidikan dalam pembangunan kaedah dengan menggunakan peralatan yang sofistikated, merancang  dan  menyelaras  semua  aktiviti  berkaitan  jaminan  kualiti  makmal  dan  sistem pengurusan kualiti di bawah standard-standard ini.  Unit ini juga bakal menawarkan khidmat analisis sampel dan perundingan dari sektor awam dan swasta, selaras dengan jaminan kualiti makmal di bawah standard ISO/IEC17025 apabila telah mendapat taraf pensijilan kelak.