• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JAKOA BERSAMA ESERI KE PROJEK BEKALAN AIR TERAWAT DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI NEGERI KELANTAN

Lawatan kerja projek bekalan air terawat selama dua hari, yang bermula pada 18 - 19 Jun 2023 telah melibatkan tiga agensi kerajaan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA.
Delegasi dari ESERI telah diketuai oleh Timbalan Pengarah ESERI sendiri iaitu, Ts. Dr. Abdul Rahman bin Hassan yang merupakan seorang pakar sistem rawatan air, serta diiringi oleh beberapa penyelidik dari institut berkenaan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak ESERI termasuklah pensampelan kualiti air serta analisis in-situ di tiga buah Sistem Telaga Tiub Air Bawah Tanah, di perkampungan orang asli iaitu Kg. Jias, Langsat dan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan.
Perbincangan serta perkongsian idea yang bermanfaat telah berjaya diutarakan bagi kepentingan serta kemajuan bekalan air bersih dan terawat khususnya untuk kegunaan perkampungan orang asli.
Semoga kehadiran pihak penyelidik ESERI pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan diharapkan kerjasama ini berterusan pada masa hadapan. Terima kasih.
355471535 799279358478917 2269187908140679964 n
355490343 799279578478895 6993426734151434717 n
355648090 799279385145581 8792545045924966629 n
355658769 799279418478911 5594744307982801632 n
355669493 799279415145578 6827061101928588653 n