• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Bingkisan Aidilfitri 1442

PROF HAIFIZAN

bims

assalam

Alhamdulillah, bersempena penghujung Ramadhan dan menjelangnya Syawal 1442 tidak lama lagi, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini, In Sya Allah, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa Ramadan dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera sekali pun dalam situasi menghadapi cabaran jangkitan Covid-19 dan kekangan Norma Baharu.

Sempena Syawal 1442 ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kerja kakitangan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), warga UniSZA dan seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan sebagai insan yang sabar dan taat beribadah sepanjang Ramadan. Kita akan meraikan hari kemenangan menentang hawa nafsu yang telah disifatkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai jihad terbesar bagi umatnya. Semangat jihad inilah yang wajib diamalkan demi kemajuan penyelidikan berimpak tinggi di UniSZA. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan memanjangkan usia kita ke Ramadhan akan datang.

Sempena Aidilfitri dalam Norma Baharu ini juga, nasihat saya kepada warga ESERI dan UniSZA, patuhilah SOP yang diarahkan. Rancang aktiviti sambutan sebaiknya supaya kita terhindar daripada menjangkiti atau dijangkiti. Sekalipun tidak dapat berhariraya dengan yang jauh, sistem komunikasi hari ini masih memberi ruang untuk melihat mereka yang jauh melalui panggilan video dan sebagainya. Semoga Aidilfitri tahun ini tetap dan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita dan keluarga.

Akhir sekali saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga ESERI dan UniSZA serta tidak lupa kepada pelajar-pelajar kesayangan saya, maaf dipinta di atas segala kesalahan dan kekhilafan sepanjang tahun yang berlalu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.


PROFESOR DR. HAFIZAN BIN JUAHIR
Pengarah
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur
Merangkap
Penolong Naib Canselor (Projek Khas) UniSZA