• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Projek Penyelidikan Penilaian Air Ribut Bandar (Urban Stormwater)

Satu mesyuarat berkenaan Projek Penyelidikan Penilaian Air Ribut Bandar (Urban Stormwater) di Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu telah berlangsung Di Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada Isnin,29 Jun 2020.
Mesyuarat dan perbincangan berkenaan Penyelidikan ini diadakan bersama-sama dengan Pusat Kajian Lembangan Sungai telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai , Ir.Dr Safari Hj.Mat Desa dan pihak UniSZA yang diwakilkan oleh Prof Dr Hafizan Juahir (Timbalan Naib canselor Penyelidikan dan Inovasi UniSZA). Mesyuarat turut dihadiri oleh Dr Suriyani Awang (Pegawai Penyelidik NAHRIM), En. Mohd Syazwan Faisal Mohd (Pegawai Penyelidik NAHRIM), dan En Syahril Hirman Azmee (Pegawai Sains Kanan UniSZA).Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Dato’ Ir.Dr. Hj. Md. Nasir Md. Noh (Ketua Pengarah NAHRIM )
Antara perkara-perkara yg dibincangkan adalah Kerjasama Penyelidikan yg telah berjalan selama ini serta Perbincangan bagi menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dan kerja-kerja Penyelidikan serta penerbitan jurnal pada masa akan datang.
105979729 1364078477129936 5723981343192337814 o
106196628 1364078597129924 4440700091962950007 o