• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

EKSPEDISI SAINTIS MUDA ALAM SEKITAR

15 JAN 2020 - Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut (IPG Besut) telah mengadakan program Ekspedisi Saintis Muda Alam Sekitar. Program ini di jalankan pada 13 – 15 Januari 2020 bertempat Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut, Terengganu. Pelajar terlibat seramai 40 orang melibatkan pelajar UniSZA dan IPG Kampus Besut.

Program ini berkonsepkan pembelajaran secara interaktif di mana para peserta dapat mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan dalam pengurusan alam sekitar melalui Program “Young Environmental Scientist (YES)”. Setiap peserta akan didedahkan dengan teknik dan kaedah menggunakan peralatan saintifik alam sekitar dan akan diuji dengan pelbagai soalan berkaitan. Para peserta akan mendapat pengalaman dan pembelajaran di luar kelas yang amat menyeronokkan dengan menyertai program ini.

Program Ekspedisi Saintis Muda Alam Sekitar ini akan memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Secara umumnya, tahap pencemaran alam sekitar semakin membimbangkan. Fenomena ini telah mengancam kehidupan harian semua makhluk yang menjadi penduduk di dunia. Untuk menyelesaikan masalah ini, pendidikan adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai alam sekitar, termasuk mengubah tingkah-laku manusia melalui kesedaran alam sekitar. Kini, kerakusan penggunaan sumber alam secara tamak telah menyebabkan banyak kerosakan kepada alam sekitar. Ini jelas menunjukkan bahawa manusia telah terkeluar dari norma-norma kemanusiaan kerana terlalu mengejar keuntungan. Sikap yang berpunca dari perasaan tamak atas nama pembangunan, tanpa perancangan teratur akhirnya telah membawa kepada beberapa masalah persekitaran seperti pemanasan global, pencemaran air, udara dan tanah, peningkatan sisa pepejal, penipisan lapisan ozon, dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, program ini bermatlamatkan pengukuhan pengetahuan saintifik terhadap kawasan sekitar terutama di Sungai sekitar Besut, Terengganu. Rumusanya, persekitaran di Lata Kolam Air Deru Ecopark sangat cantik dan menarik serta bersih dari sebarang pencemaran. Melalui persampelan yang di lakukan dalam program “Young Environmental Scientist (YES)” kami dapati kualiti air terjun di Lata Kolam Air Deru Ecopark sangat bersih dan udara yang nyaman. Oleh itu, sama-samalah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti setempat dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

latakolam

83589178 1232931720244613 1541237482182410240 n

83280496 1232931146911337 3123706397003350016 n

82931159 1232931356911316 3879890146002206720 n

82917762 1232935700244215 2273289944543789056 n

82822826 1232932566911195 8406680930323791872 n

82819247 1232934830244302 2457651716372299776 n

82072025 1232930103578108 8410897767869710336 n

82074503 1232930056911446 1003088370735251456 n

82223211 1232929846911467 124992460370739200 n

82261661 1232932736911178 1342293579124441088 n

82279147 1232929926911459 4401958294302752768 n

82381998 1232930910244694 4521019688305557504 n

82413257 1232932000244585 1202432388651548672 n

82413901 1232935190244266 4144420579081977856 n

82453943 1232936160244169 5169660024603017216 n

82538981 1232931486911303 2277094963445497856 n

82592307 1232931073578011 1807471930651967488 n

82761253 1232936823577436 964864896967639040 n