• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PEMANTAUAN KUALITI UDARA DAN AIR DI KUANTAN, PAHANG

Kuantan, 8 Julai 2015 - Bauksit adalah batu yang mengandungi aluminium hidroksida yang merupakan bijih utama aluminium. Bauksit didapati berhampiran dengan tanah permukaan, antara 0.8-2 meter bergantung kepada struktur geologi di kawasan yang berpotensi untuk dieksploitasi. 

Berikutan banyak laporan yang dikemukakan oleh orang awam berkenaan aktiviti perlombongan di Kuantan, pada 8 Julai 2015, Unit Forensik Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menjalankan pemantauan kualiti udara dan air bagi menilai tahap pencemaran di kawasan ini.

Unit Forensik yang diketuai Pengarah ESERI, Profesor Madya Dr. Hafizan Bin Juahir menjalankan kajian kualiti udara dan juga air meliputi tiga (3) jenis air iaitu, air sungai, air bawah tanah, dan air laut bagi menilai air yang lebih terdedah kepada bahan pencemar dari aktiviti ini. Kawasan persampelan merangkumi dari kawasan Bukit Goh ke Pelabuhan Kuantan yang melibatkan tiga stesen persampelan. Antara parameter yang diambil kira dalam kajian ini adalah suhu, permintaan oksigen kimia (COD), Nitrogen ammonia, permintaan oksigen biologi (BOD), oksigen terlarut (DO), pH, dan jumlah pepejal terampai (TSS). Nilai bacaan dari parameter-parameter tersebut dapat membina Indeks Kualiti Air seterusnya merumuskan status pencemaran.

Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah YSI Multiparameter Handheld, BODchek Portable, dan HACH DR 900 Multiparameter Handheld dan Portable Turbidimeter.