• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PROGRAM "YES" DI SKTJ - 10 MEI 2014

10 MEI 2014 - PROGRAM SAINTIS MUDA ALAM SEKITAR (Y.E.S.)

Kuala Terengganu: Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) UniSZA, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi UniSZA telah menganjurkan Program Saintis Muda Alam Sekitar (Young Environmental Scientist) pada 10 Mei 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Terengganu sebagai usaha meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar sekolah.

Melalui aktiviti ini pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti penyelidikan secara ‘hands on’ terutama menjalankan kajian untuk mereka bentuk dan membangunkan program kesedaran untuk meningkatkan pengetahuan dikalangan pelajar dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar.

Program Saintis Muda Alam Sekitar (YES) telah direka untuk pelajar mendapat pengalaman baru tentang bagaimana saintis menjalankan kajian terutamanya dalam mengenal pasti masalah pencemaran alam sekitar. Seramai 60 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Jembal yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan tahun 6 terlibat dalam menjayakan program ini. Penilaian kualiti air sungai telah dipilih sebagai aktiviti kerja lapangan yang melibatkan pengukuran in-situ kualiti air sungai. Enam (6) parameter kualiti air yang dipilih iaitu oksigen terlarut ( DO) , pepejal terampai (SS) , kekeruhan ( Tur ), warna ( Kol ) , kekonduksian elektrik ( EC ) dan pH diukur menggunakan peralatan mudah alih. Hasil program ini menunjukkan semua pelajar dengan jelas memahami teknik yang digunakan dalam penentuan kualiti air sesebuah sungai sebagai sumber keperluan menggunakan pengukuran secara in-situ.

Selain daripada explore race, aktiviti pameran dan pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan sebagai usaha memupuk kesedaran penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dikalangan pelajar.

Di akhir program para pemenang explore race menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Bahasa Dan Komunikasi UniSZA

Kesimpulannya , program YES telah berjaya dalam meningkatkan pengetahuan di kalangan pelajar untuk melindungi dan memulihara alam sekitar pada masa akan datang. Program ini diharap dapat diiaplikasikan secara menyeluruh di kalangan pelajar sekolah di Malaysia dalam memupuk kesedaran mengenai pencemaran alam sekitar.

 

     
   
 

 

 

Lebih banyak artikel..