• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PROGRAM SISWA@KAMPUNG

PULAU TIOMAN 
Kursus Bakti Siswa 20 dan 32 Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pusat Kokorikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA telah dijalankan pada 16-18 Mei 2014, di Kampung Salang, Pulau Tioman, Pahang.
 
Program yang bermula pada 17 Mei ini telah di rasmikan oleh En. Abdul Kadir Harun (Ketua Kampung Salang). Program mendapat sambutan dari penduduk setempat yang sangat teruja menyertai program yang di jalankan.Program ini telah di rasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hafizan Bin Juahir (Pengarah ESERI) dengan jayanya. Program sehari yang di jalankan ini turut di bantu oleh Penyelaras Program tersebut iaitu En. Badrul Hisam dan Cik Sarina Alias. Selain itu, fasilitator jemputan khas dari ESERI di bantu oleh En. Azizi Jusoh, En. Mohd Hasif Rodi, Cik Che Noraini Binti Che Hasnam dan Cik Rasyidah Binti Mohamed.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah modul alam sekitar lestari. Objektif modul ini ialah untuk membudayakan amalan dan kecintaan kepada alam sekitar lestari dalam kalangan mahasiswa dan komuniti setempat. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran alam sekitar melalui program kitar semula di kalangan mahasiswa dan komuniti setempat.

FE

CB

Program ini dipenuhi dengan aktiviti seperti sesi ceramah yang di sampaikan sendiri oleh Prof. Madya Dr. Hafizan Bin Juahir berhubung kualiti serta kesan terhadap pencemaran air kepada masyarakat setempat.Sesi petangnya, siswa dan siswi dari Universiti putra Malaysia (UPM) di beri peluang untuk menyelidikan dan menkaji tentang air sungai dan laut yang terdapat di sekitar kawasan kem penginapan Kampung Salang, Pulau Tioman. siswa dan siswi  juga, didedahkan kepada pengalaman sebenar melakukan ujikaji  tentang kualiti air dan tahap kebersihannya. Siswa dan siswi di beri tugas untuk mencari pelbagai sumber air di kawasan sekitar dan melakukan terus uji kaji di kawasan tersebut.Program ini telah mencetus minat pelajar siswa dan siswi dalam bidang sains dan teknologi akan terus dijalankan, malah kajian terperinci terhadap keberkesanan program ini akan dilakukan untuk dijadikan asas kepada perancangan program seumpama ini di masa hadapan dalam melahirkan generasi yang sedar tentang alam sekitar.

 G
 

Lebih banyak artikel..