• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA MASYARAKAT (i Care) 2014

22 JUN 2014 - PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA MASYARAKAT (i Care) 2014

I CARE TM P

Program Perkongsian Pintar Bersama Masyarakat (iCare) 2014 telah diadakan di dataran Fakulti Informatik & Komputeran, UniSZA Kampus Tembila. Program yang berlangsung pada 22 Jun 2014 ( 1 hari ) ini telah di hadiri oleh Dif-dif Kehormat, YB Dato’Seri Haji Idris b. Jusoh, Y.Bhg. Profesor Datuk Dr. Yahaya Ibrahim, Pengarah dan Dekan Pusat Tanggungjawab (PTJ). Program Perkongsian Pintar Bersama Masyarakat 2014 akhirnya dapat dilaksanakan bermula pada awal tahun ini yang melibatkan kerjasama fakulti, pusat tanggungjawab serta komuniti negeri Terengganu.

Di samping itu juga, kami di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA) merasa sangat bertuah dengan program yang di adakan ini. Program ini telah juga mengukuhkan hubungan antara institut kami dengan masyarakat setempat disamping berkongsi kepakaran yang ada pada kami, seperti kepakaran tentang “kualiti air” dan sebagainya. 

I CARE 1I CARE 3

I CARE 6I CARE 4

Kami di ESERI juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan peralatan-peralatan kajian saintifik kami kepada pelajar-pelajar serta masyarakat. Melalui program ini, UniSZA secara tidak langsung telah mempromosi peranan ESERI kepada pelajar-pelajar dan masyarakat awam. Ia juga merupakan tanggungjawab sosial ESERI kepada masyarakat.

Lebih banyak artikel..