• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PERUTUSAN RAMADHAN

PERUTUSAN RAMADHAN 1435 H DARI PENGARAH ESERI

DR UCAP RAMADHAN 2014 1435H

bismillah

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke atas Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita bertemu di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk sama-sama kita beringat bahawa penerusan kehidupan kita di muka bumi ini adalah tidak lain ialah semata-mata untuk menjalankan tangunggjawab kita sebagai seorang hamba Allah yang hanya mengharapkan redha daripada-Nya.

Bulan Ramadhan adalah merupakan tetamu kita, 30 hari kedatangannya perlu dimanfaatkan semaksimumnya. Kita semua sedia maklum, bahawa menjadi sunnah Rasulullah untuk memuliakan tetamunya. Apatah lagi, tetamu kita pada kali ini ialah Bulan Ramadhan. Bulan yang didalamnya terkandung pelbagai peristiwa-peristiwa agung, perjuangan-perjuangan yang tidak mengenal lelah dan penat, pelbagai ganjaran yang berlipat ganda, dan 1001 khazanah yang semestinya akan memberi kesan yang sangat positif dalam diri kita sekiranya kita benar-benar mengikhlaskan niat hanya kerana melaksanakan perintah Allah SWT.

Ayuh bersama-sama kita meletakkan sasaran kita pada Ramadhan kali ini agar Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Suatu pendidikan (tarbiyyah) yang mampu melahirkan generasi-generasi yang bertaqwa. Kita perlukan persiapan, dan perancangan yang sangat rapi untuk menempuh madrasah ramadhan ini. Selepas itu, kita perlukan iltizam, juhud dan mujahadah yang berterusan dalam merealisasikan segala perancangan dan harapan tersebut. Semoga dengan persiapan yang dilakukan mampu memberi semangat kepada kita untuk melakar agenda ramadhan kita pada tahun ini dan menguatkan iltizam kita untuk menempuh kehidupan di bulan Ramadhan dengan jayanya seterusnya mampu meneruskan kesan positif tersebut sepanjang kehidupan kita sehingga bertemu kepada Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, kutip dan rebutlah segala keberkatan dalam Ramadhan kita pada tahun ini, dan sekali lagi sama-sama kita berdoa agar kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan al-Mubarak yang akan datang dan seterusnya digolongkan dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak daripada saya Prof Madya Dr. Hafizan Juahir (Pengarah ESERI)

Sekian,

Wassalamualaikum WBT.

 

Lebih banyak artikel..