• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Kursus Kaedah Kemometrik Siri 1

11 DAN 12 OGOS 2014 - Kursus Insentif Statistik Alam sekitar Siri 1

“Asas Multivariat Dalam Sains Alam Sekitar”

Kursus ini dijalankan pada 11 dan 12 Ogos 2014 bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI). Kursus ini dihadiri oleh pelajar-pelajar sarjana dari Nigeria dan juga tempatan yang menjalankan program sarjana di bawah seliaan ESERI.

Kursus ini menekankan tentang kepentingan analisis menggunakan kaedah-kaedah statistik dalam kajian alam sekitar. Analisis Multivariat tersebut. Pengamatan ujikaji dan pengumpulan data daripada stesen-stesen pengumpulan sampel merupakan antara pendekatan berkesan dalam mengumpul maklumat secara konsisten dan tepat tentang sesuatu fenomena alam yang dikaji. Melalui data dan keputusan pemerhatian yang diperolehi ini kemudiannya diaplikasikan kaedah-kaedah statistik supaya ia mudah untuk diproses dan dibentangkan dalam bentuk yang bersistematik. Melalui kursus siri pertama ini, para pelajar didedahkan dengan asas cluster analysis dan juga discriminant analysis dalam usaha untuk mengasingkan dan mengelompokkan data-data yang diperoleh.

1

2

Lebih banyak artikel..