• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Festival Sains, Teknologi dan Inovasi (FeSTI) Negeri Terengganu 2014

18 OGOS 2014 - Festival Sains, Teknologi dan Inovasi (FeSTI) Negeri Terengganu 2014

FeSTI

KUALA TERENGGANU, 27 hingga 30 Ogos 2014,  Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) telah menjemput  wakil dari UniSZA iaitu Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) mengadakan pameran sempena Festival Sains, Teknologi dan Inovasi (FeSTI) Negeri Terengganu 2014. Pameran ini bertempat di Pusat Konvensyen  Taman Tamadun Islam, Terengganu.Program ini telah di rasmikan oleh YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman ( Menteri Besar Terengganu ) pada 28 Ogos 2014

Pameran yang di adakan dengan usahasama Kerajaan Negeri Terenggganu melalui Unit Inovasi dan Modenisasi. Program yang di jalankan berorentasikan kepada lima program utama iaitu Pameran, Cakap-Cakap Sains, D’Pentas, Satellite Event dan Scientist Zone.

FeSTI 1FeSTI 2

FeSTI 3FeSTI 4

Di samping itu juga, kami di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA) merasa sangat bertuah dengan program pameran yang di adakan ini. Program ini telah juga mengukuhkan hubungan antara institut kami dengan masyarakat setempat disamping berkongsi kepakaran yang ada pada kami, seperti kepakaran tentang “kualiti air”,"kualiti udara" dan sebagainya. 

Kami di ESERI juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan peralatan-peralatan kajian saintifik dan alat astronomi kami kepada pelajar-pelajar serta masyarakat. Melalui program ini, UniSZA secara tidak langsung telah mempromosi peranan ESERI kepada pelajar-pelajar dan masyarakat awam. Ia juga merupakan tanggungjawab sosial ESERI kepada masyarakat.

Melalui pengisian tersebut, para pelajar dapat merasai keghairahan untuk mempelajari sains seterusnya meneroka alam sains yang menyeronokkan serta penuh dengan cabaran dan ia diharap dapat mengatasi masalah kemerosotan minat pelajar mendalami dunia sains. Usaha serius Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA),  untuk mencetus minat pelajar sekolah dalam bidang sains dan teknologi akan terus dijalankan, malah kajian terperinci terhadap keberkesanan program ini akan dilakukan untuk dijadikan asas kepada perancangan program seumpama ini di masa hadapan.

 

Lebih banyak artikel..