• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

KAJIAN PENCEMARAN AIR LAUT

04 SEPTEMBER 2014 - KAJIAN PENCEMARAN TUMPAHAN MINYAK DI PERAIRAN DUNGUN

PENCEMARAN

Dungun, 04 Ogos 2014, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA) telah menjalankan kerjasama kajian kesan pencemaran tumpahan minyak di sekitar perairan laut Dungun. Kajian ini adalah gran dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). Umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti punca-punca pencemaran minyak yang berlaku di kawasan kajian, menilai dan membandingkan tahap pencemaran.

1222

Pencemaran marin atau pencemaran di perairan pinggir pantai mempunyai kaitan yang rapat dengan pencemaran sungai. Jika sungai dicemari, perairan pinggir pantai juga akan mengalami masalah pencemaran. Umum menganggap negara kita menerima hujan yang banyak dan mampu mencairkan bahan pencemar yang masuk ke dalam sungai. Begitu juga dengan air laut yang boleh mencair atau meneutralkan bahan pencemar dari sungai. Anggapan tersebut tidak benar kerana pada masa kini, aktiviti pembangunan yang terlalu pesat khususnya di kawasan zon pinggir pantai dalam sector pertanian, pembalakan, perindustrian, pembandaran dan perumahan serta pelancongan telah menyebabkan air laut seolah-olah tidak mampu menerima beban pencemaran yang terlalu banyak masa kini sehingga berlakunya masalah pencemaran marin.

Lebih banyak artikel..