• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

EKSPEDISI SAINTIFIK PACUAN EMPAT RODA (4X4) 1

19-21 SEPTEMBER 2014 - PROGRAM KEMBARA "EKSPEDISI SAINTIFIK 4X4 ESPER), SUNGAI RANGUP, AIR PUTIH, KEMAMAN

WEB UTAMA ESERI NEWS

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA telah menganjurkan program kembara “Ekspedisi Saintifik Pacuan Empat Roda (ESPER) siri 1”. Program ini telah di jalankan di Sungai Rangup, Air Putih, Kemaman, Terengganu. Program ini telah disertai oleh seramai 78 orang peserta termasuk kakitangan UniSZA dan kelab-kelab ternama dari Pahang, Johor dan Kelantan yang pakar dalam pemanduan pacuan empat roda.

Ekspedisi Saintifik Pacuan Empat Roda (ESPER) UniSZA merupakan program yang diwujudkan oleh Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar di Malaysia. Penganjuran ESPER  ini bertujuan bagi mewujudkan jalinan hubungan luar dengan pihak-pihak agensi kerajaan lain, dan mendapat liputan media dalam usaha ESERI sebagai peneraju dalam penyelidikan sains forensik berkaitan bidang alam sekitar di Malaysia. Di samping itu, penganjuran ini bakal mengorak langkah lebih jauh dengan penglibatan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media elektronik dan cetak (seperti RTM dan akhbar), selain pihak agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG),  Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhilitan Negeri, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR), SIRIM Berhad dan lain-lain lagi dalam penganjuran ESPER-1. Program ESPER-I juga diharapkan dapat melaksanakan pemindahan ilmu dalam pengawalan dan penjagaan serta kesedaran alam sekitar kepada peserta dan penduduk setempat melalui pengumpulan data penyelidikan yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung.

4X4 04X4 01

4X4 14X4 2

Melalui program ini, ia dapat menjalinkan kerjasama penyelidikan dan pertukaran idea dan pendapat di kalangan penyelidik daripada universiti dan agensi kerajaan yang terlibat. Selain itu, dapat melaksanakan program pemindahan ilmu kepada masyarakat khususnya di kalangan pakar dan penduduk setempat dalam memupuk kesedaran alam sekitar. Program ini secara tidak langsung  dapat mempromosikan ESERI dan UniSZA di peringkat kebangsaan  iaitu melalui penglibatan media masa di dalam program ini melalui penerbitan rancangan khas berkenaan kelestarian alam sekitar oleh ESERI dalam ruang berita TV1 pada petang dan malam pada 22 september 2013. ESERI juga bercadang untuk menghasilkan Coffee Table Book  dan buku Forensik Alam Sekitar tentang kajian awal status alam sekitar di Sungai Rangup, Air Putih, Kemaman, Terengganu untuk tujuan penerbitan di ESERI, UniSZA.

Keseluruhannya, objektif program ESPER ini telah tercapai dalam mempromosikan kepada orang awam dan peserta berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar. Melalui program ESPER ini sudah cukup untuk menjadi medan mempromosikan program-program yang sangat bermanfaat di samping meningkatkan imej UniSZA di persada antarabangsa. Sambutan dan maklumbalas yang baik telah diterima sepanjang program berlangsung. Di harapkan semoga program yang dianjurkan buat pertama kali oleh pihak ESERI  bakal diteruskan lagi untuk masa hadapan dan dalam perancangan untuk dijadikan salah sebuah program tahunan. Hal ini kerana masih wujud lokasi yang masih belum dijelajahi dan di buat kajian berkaitan kualiti alam sekitar. 

4X4 34x4 6

4X4 54X4 7

Lebih banyak artikel..