• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

KAJIAN HIDROGRAFIK SUNGAI TERENGGANU

27 NOVEMBER 2014 - KAJIAN HIDROGRAFIK SUNGAI TERENGGANU

HIDROGRAFIK

Baru-baru ini ESERI telah turun melakukan kerja pemantauan dan pengukuran hidrografik di Sungai Terengganu yang bermula dari kawasan Telemong di hulu sehingga ke kawasan Pulau Rusa iaitu di kawasan hilir Sungai Terengganu. Kerja-kerja penyelidikan ini dijalankan oleh lima orang yang melibatkan pelajar antarabangsa pascasiswazah, pelajar tempatan pascasiswazah dan staff ESERI, UniSZA. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status terkini ukuran sungai dan juga bagi mendapatkan gambaran fizikal persekitaran sungai tersebut. Kajian ini juga merupakan projek penyelidikan kepada para pelajar antarabangsa pascasiswazah ESERI, UniSZA.

Hasil pemantauan awal di sepanjang sungai tersebut, didapati terlalu banyak aktiviti perlombongan pasir yang sedang giat dijalankan.  Dapat diperhatikan juga terdapat kawasan tertentu yang mempunyai lapisan berminyak yang besar di atas permukaan sungai berhampiran kawasan di mana perlombongan pasir dijalankan. Selain itu, terdapat juga banyak kolam-kolam penternakan ikan air tawar di samping aktiviti penangkapan ikan secara kecil-kecilan oleh para nelayan.

Daripada pemantauan awal dan pengukuran yang dilakukan juga mendapati, paras air sungai menjadi terlalu cetek terutamanya di kawasan Telemong. Keadaan ini telah mengakibatkan bot yang dinaiki tersangkut di pertengahan sungai dan menyebabkan motor pada bot tidak dapat berfungsi buat seketika sehingga memaksa kesemua pelajar ESERI turun dan menolak bot ke kawasan yang lebih dalam. Kerja-kerja pengukuran ini telah dapat pada jam 5.30 petang pada hari berikut.

Lebih banyak artikel..