
Pemasangan dan Analisis Data MAGDAS
Kuala Nerus - UNiSZA, Bengkel Pemasangan dan Analisis Data MAGDAS dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan International Centre Weather Science and Education (ICSWSE) Jepun telah diadakan pada 22-24 Februari 2017 bertempat di Bilik Seminar ESERI.
Pemasangan dan Analisis Data MAGDAS (ke-5 di Malaysia) ini adalah kolaborasi lokasi dan kepakaran ESERI UniSZA dengan Agènsi Angkasa Negara, MOSTI Malaysia dan Kyushu University dari Jepun. Pemasangan dan Analisis Data MAGDAS ini adalah yang ke-5 di Malaysia selepas Langkawi (no 1), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Perak, Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang Johor dan Universiti Malaysia Sabah.