
ESERI di MPI 2017
13 April 2017 -Dato' Haji Mohd Zubir Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, mewakili Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan majlis perasmian, penutup dan penyampaian hadiah sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI’17) pada 12 & 13 April 2017.
Turut mengiringi beliau adalah Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Rektor TATIUC, Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan Pengarah Eksekutif PSKT, Prof. Madya Dr. Wan Nor Liza Mahadi. Dato' Haji Mohd Zubir Embong turut berkesempatan melawat tapak pameran bagi melihat sendiri kemeriahan dan keunikan produk-produk yang dipertandingkan.
Program MPI’17 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Chendering, Terengganu dianjurkan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Universiti TATI (TATIUC) dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).
Baca lanjut di laman UniSZA