
Semakan Arah Kiblat Ketika Fenomena Istiwa Utama
16 Julai - Staf ESERI menggunakan kesempatan ketika fenomena Istiwa Utama (Culmination) Matahari di atas Kaabah petang semalam untuk membuat aktiviti semakan Arah Kiblat. Peluang yang hanya berulang dua kali setahun ini merupakan detik yang paling sesuai untuk menyemak Arah Kiblat dengan hanya menggunakan alatan dan panduan paling asas yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan mudah.
Aktiviti berkenaan turut disertai oleh Pengarah ESERI, Prof Madya Dr Hafizan Juahir.