
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Universiti Awam 2017
3 Ogos – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA) yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP Pauh Putra, Perlis. Konvensyen bermula 1 hingga 3 Ogos itu itu disertai 39 pasukan pasukan dari 20 buah UA.
Universiti Sultan Zainal Abidin menghantar dua kumpulan iaitu ENVIRO dari ESERI dan MEDITECH dari Fakulti Perubatan. Kedua-dua kumpulan bertanding di dalam kategori Teknikal. Kumpulan KIK ENVIRO ESERI telah berjaya merangkul penarafan EMAS kategori Teknikal di Konvensyen KIK UA 2017. UniSZA menjadi Juara Keseluruhan melalui kumpulan MEDITECH yang menjadi Johan kategori Teknikal, manakala ENVIRO tempat keempat dalam kategori penarafan emas.