
Program World Water Monitoring Day & Kempen Kesedaran Alam Sekitar 2017
18 Sep - ESERI bersama Fakulti Biosumber & Industri Makanan UniSZA menganjurkan Program World Water Monitoring Day & Kempen Kesedaran Alam Sekitar secara serentak di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan Pantai Bukit Keluang Besut. World Water Monitoring Day disambut setiap 18 September dan seluruh dunia menyambutnya dengan mengadakan aktiviti kajian kualiti air. Program dirasmikan oleh Adun Kota Putra YB Mohd Mahdi Musa yang diwakili oleh Setiausaha Politik beliau. Program melibatkan beberapa buah sekolah dalam DUN Kota Putra dan sebahagian pelajar Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA. Antara pengisian program ini adalah pendedahan kepada pelajar peralatan saintifik yang digunakan untuk kajian kualiti air di mana pelajar berpeluang menggunakan sendiri peralatan tersebut secara hands-on, dan aktiviti gotong royong kebersihan di Pantai Bukit Keluang.