
Rangkul Penarafan Emas di APIC 2017
17 Nov 2017 - Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ESERI, Kumpulan ENVIRO berjaya mendapat penarafan EMAS TIGA BINTANG dalam Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2017 di Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2017 bertempat di Genting International Convention Centre pada 14-16 November lalu. ENVIRO menyertai pertandingan KIK ini dengan tajuk projek : Kerja Persampelan Mengambil Masa Yang Lama.
Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed.