
PROGRAM BENGKEL PENULISAN DAN ANALISIS DATA SERTA PERSAMPELAN UNTUK PENYELIDIKAN DI TASIK KENYIR
Kuala Nerus 14 Dis 2017 - ESERI menganjurkan program Bengkel Penulisan dan Analisis Data yang dilaksanakan di Tasik Kenyir pada 9 - 12 Disember 2017. Program turut melibatkan aktiviti persampelan untuk penyelidikan di lokasi yang telah ditetapkan oleh para penyelidik terbabit yang dilakukan di sekitar Tasik Kenyir. Antara penyelidik terlibat dalam program ini adalah Prof Madya Dr Hafizan Juahir (Pengarah ESERI) dan Timbalan Pengarah ESERI, Dr Mohd Khairul Amri Kamarudin serta Felo Penyelidik ESERI.
Program berkenaan turut mendapat penyertaan daripada kumpulan penyelidik dari Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia. Kumpulan Penyelidik UNPAD pula terdiri daripada Dr. Yudi Rosandi, Dr. Asep Harja dan Dra. Tintin Herawati.
Penganjuran program ini dijangka dapat meningkatkan kemahiran penyelidik dan pelajar dalam penulisan penyelidikan dan teknik persampelan dan analisis data.