
Ekspedisi Saintifik Pacuan Empat Roda siri 3 (ESPER 3)
20-22 April 2018 - Ekspedisi Saintifik Pacuan Empat Roda siri 3 (ESPER 3) yang dianjurkan Institut Penyelidikkan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) bertempat di Sg. Limau, Jabi, Besut,Terengganu berjalan dengan lancar. ESPER 3 dijayakan dengan kerjasama kelab pacuan empat roda (4x4) iaitu Kelab GORGON yang aktif di sekitar Besut Terengganu. ESPER kali ini diisi dengan siri aktiviti kajian kualiti air dan udara di kawasan perkhemahan juga di sepanjang sungai Limau kira-kira 1 kilometer ke hulu dan hilir sungai. Perasmian dan pelepasan peserta disempurnakan oleh Prof Dato Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Naib Canselor UniSZA di Kampus Gong Badak. Peserta mencapai lebih 90 orang terdiri daripada staf dan pelajar ESERI, staf UniSZA dan pelajar FSSG serta ahli kelab 4x4 GORGON Besut.