
Karnival STEM Peringkat Negeri Terengganu pada 20-22 Julai 2018 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu
ESERI memenuhi jemputan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) memeriahkan program Karnival STEM Peringkat Negeri 2018 pada 20-22 Julai 2018 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. STEM adalah singkatan kepada Science, Technology, Engineering & Mathematics, melibatkan pelbagai usaha meningkatkan keupayaan pelajar dalam empat bidang tersebut.
ESERI menyediakan booth pameran dengan pelbagai aktiviti sains yang dapat menarik minat pengunjung rata-rata terdiri daripada pelajar sekolah.