
STEM: WORLD WATER MONITORING DAY 2018
18 September 2018 - Program STEM Young Environmental Scientist (YES) sempena sambutan World Water Monitoring Day 2018 (WWMD) di Tasik UniSZA. Sebanyak 10 buah sekolah sekitar Daerah Kuala Nerus hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti sambutan WWMD di UniSZA pada kali ini. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Prof. Dato' Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Naib Canselor UniSZA. Diikuti sesi ceramah oleh Prof Madya Dr Hafizan Juahir, Pengarah ESERI dan seterusnya ceramah oleh Prof Madya Dr Kamarul Ain dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan. Program diteruskan dengan acara YES bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.