
Ekspedisi Penyelidikan Hulu Sungai Chat Johor Bahru
ESERI menyertai Ekspedisi Penyelidikan Hulu Sungai Chat Johor Bahru di mana Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dato' Dr Mohd Ekhwan Toriman menjadi Ketua Penyelidik. Ahli Penyelidik terdiri daripada pelbagai agensi termasuk ESERI UniSZA dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), yang merupakan rakan kerjasama untuk kajian kualiti air. Sampel kajian yang dikumpul sepanjang ekspedisi ini diserahkan ke Makmal Kualiti Air di NAHRIM untuk kajian lanjut.