
Program Makmal Terbuka STEM Sempena Minggu Sains Negara
Program Makmal Terbuka STEM Sempena Minggu Sains Negara di Balai Cerap UniSZA, Merang anjuran ESERI dengan kerjasama Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu telah diadakan pada 11 April 2019. Seramai 40 pelajar bersama 2 guru pengiring dari SMKA Dato' Haji Abbas telah menyertai program ini. Program ini dijalankan bagi memberi pengalaman serta pendedahan kepada para pelajar tentang pengendalian peralatan serta kemudahan yang terdapat di balai cerap. Selain itu, para pelajar juga berpeluang melakukan cerapan bintang (stargazing).