
Audit Verifikasi Dalaman Dokumen MQA ESERI
Sesi Audit Verifikasi Dalaman untuk dokumen MQA ESERI yang dilakukan oleh Dr. Wan Rohani Wan Taib (FSK), Dr. Suraya Ismail (FESP) dan Dr. Mohd Fuad Husaini (FUHA). Dokumen MQA yang disemak adalah dokumen dua program pascasiswazah yang ditawarkan ESERI iaitu MQA-FA-7492 (Sarjana Sains Alam Sekitar) dan MQA-FA-7493 (Doktor Falsafah Alam Sekitar). Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga panel yang berpengalaman dalam semakan dan tambahbaik dokumen MQA ESERI ini.