
MoU UniSZA-CEPR pertingkat pengeluaran CajuHealer
19 September 2019 - Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara UniSZA dengan Center for Economic Policy and Research Malaysia (CEPR) telah di adakan di UniSZA@Putrajaya.
UniSZA diwakili oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan selaku Naib Canselor manakala Center for Economic Policy and Research Malaysia (CEPR) ) Sdn. Bhd. diwakili Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Kerjasama dengan institusi yang diterajui bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Panel Penasihat CEPR itu adalah bagi membangunkan produk berasaskan pati minyak gelam hasil kajian ESERI UniSZA. CEPR akan terlibat dalam pengkomersialan pati minyak gelam serta pembangunan prasarana termasuk membina kilang bagi pengeluaran produk yang dicadangkan dibina di atas tanah milik universiti itu di Kuala Nerus, Terengganu. CEPR juga bercadang memperuntukkan modal permulaan sebanyak RM1 juta bagi tujuan tersebut di mana pengeluaran pertama dijangka boleh dibuat dalam tempoh enam bulan dari sekarang.
MoU yang ditandatangani ini dijangka dapat membantu rakyat kategori B40 melalui peluang pekerjaan dan pembekalan bahan mentah.