
Ekspedisi Cerapan Gerhana Cincin ke Tanjung Piai Johor
24 - 27 DIS 2019 : Staf dan Felo Penyelidik ESERI turut sama memeriahkan SolarFest anjuran Agensi Angkasa Negara yang turut mengumpulkan institusi, penyelidik, NGO dan individu peminat astronomi di Tanjung Piai Johor. Sesi tinjauan lokasi dilakukan pada 25 Dis di tapak acara dan kawasan sekitar yang berpotensi untuk aktiviti penyelidikan. Acara sebenar adalah pada 26 Dis 2019 bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Segala puji bagi Allah yang memberikan peluang terbaik kepada semua yang dapat menyaksikan fenomena gerhana dari awal (11.26 pagi) hingga tamat (3.40 petang).