
Cadangan Kolaborasi ESERI dengan Data Sukan Consulting Sdn Bhd
30/01/2019 - Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur telah dijemput untuk mengadakan pembentangan cadangan kolaberasi Projek "Analytics-Capabilities Index" bagi program pembangunan sukan negara,khususnya sukan bolasepak negara.Program perbentangan antara ESERI,UniSZA dengan Data Sukan Consulting Sdn Bhd berlangsung UOA Business Park, Shah Alam.
Sesi pembentangan ini hadiri oleh Ketua pegawai Executive Data Sukan Consulting Sdn Bhd, En Shamil Yusof bersama Ketua Pegawai Operasi Data Sukan Consulting Sdn Bhd , En SM Hafiz SM Afdzaruddin.Manakala Pihak ESERI diwakili oleh Prof Dr. Hafizan Juahir (Pengarah ESERI), Serta Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah.Sesi pembentangan dan perbincangan berlangsung dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang sangat positif dalam merangka program pembangunan sukan di Malaysia.