
BENGKEL PANEL PENGGUBAL MODUL KONSERVASI ALAM SEKITAR
BENGKEL PANEL PENGGUBAL MODUL KONSERVASI ALAM SEKITAR BAGI GURU-GURU SEKOLAH PESISIR PANTAI NEGERI TERENGGANU
ESERI dengan kerjasama IPG Sultan Mizan telah mengadakan bengkel melibatkan panel-panel daripada ESERI, IPG Sultan Mizan , JPNT dan YADIM bagi menggubal Modul Konservasi Alam Sekitar untuk guru-guru sekolah pesisir pantai Negeri Terengganu.
Alhamdulillah, bengkel tersebut telah berjalan dengan lancar atas komitmen dan kesungguhan semua panel yang terlibat. Semoga modul yang dirangka ini dapat mencapai objektif dan memberi impak kepada usaha memelihara alam sekitar.

