
Ekspedisi Saintifik Tanah Bencah Setiu Siri 1 2020
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur bersama-sama WWF-Malaysia dengan kerjasama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu untuk Ekspedisi Saintifik Tanah Bencah Setiu Siri 1 2020. Ekspedisi saintifik ini bertujuan untuk mengemaskini maklumat biodiversiti di Tanah Bencah Setiu dan mengukuhkan pemahaman mengenai pemuliharaan dan pengurusan tanah bencah tersebut. Ekspedisi ini telah dijalankan pada 24 hingga 27 Februari 2020 (4 Hari 3 Malam) di sekitar Taman Negeri Setiu Wetlands dan kawasan berhampiran.