
Program Bengkel Konservasi Alam Sekitar 2020
Selesai kerjasama ESERI bersama IPG Kampus Sultan Mizan dalam Program Bengkel Konservasi Alam Sekitar 2020 yang berlangsung di IPGKSM pada 27-29 Februari 2020. Dalam program ini, ESERI memberikan khidmat perundingan dan latihan dalam Kursus Pengenalan Arduino dan Kerja Lapangan Kajian Hidrologi dan Kualiti Air Sungai. Program ini disertai oleh 100 orang guru dari sekolah sekitar Negeri Terengganu, 40 orang guru pelatih IPGKSM dan 10 orang pelajar FBIM, UniSZA. Semoga sedikit sebanyak bantuan ESERI dapat memberikan manfaat kepada semua peserta yang hadir.