
Mesyuarat Projek Tapak Makmal Penyelidikan Pokok Gelam
Kuala Terengganu (11/11/2020) - Suatu mesyuarat bagi membincangkan berkaitan Projek Penyelidikan / Kajian dan Tapak Makmal Penyelidikan / Kajian Pokok Gelam dalam HSK Jambu Bongkok telah selesai diadakan antara ESERI, UniSZA bersama Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di Wisma Negeri.
Mesyuarat berkenaan merupakan fasa kedua yang diambil oleh pihak ESERI bersama pihak Pejabat Perhutanan Negeri setelah selesai fasa pertama dan diluluskan permohonan bagi menjalankan penyelidikan / kajian pokok gelam dalam hutan simpan kekal Jambu Bongkok, Dungun, Terengganu.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu, Pegawai Perhutanan Daerah Terengganu Utara, pegawai perhutanan Negeri. Manakala ESERI pula dihadiri oleh Pengarah, Penolong Pendaftar Kanan dan Pegawai Sains Kanan.
