
SESI TAKLIMAT PROJEK PENYELIDIKAN GELAM KOMUNITI SEMPENA LAWATAN TAPAK PROJEK YAYASAN INOVASI MALAYSIA (YIM) DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
24 Okt - Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah mengadakan sesi lawatan tapak Projek Pengekstrakan Minyak Gelam yang dibangunkan melalui Projek Berimpak Tinggi (HIP6) YIM - Inovasi Inklusif di ESERI, UniSZA. Lawatan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) iaitu YB Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim.
Hadir sama pada majlis itu, Pemangku Naib Cancelor UniSZA, Profesor Dr Fadzli Adam, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI di MOSTI, Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Puan Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Profesor Dr Hafizan Juahir, Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA, Pegawai-pegawai MOSTI, Ketua-ketua PTj serta pegawai UniSZA dan YIM.
Program ini juga melibatkan kehadiran wakil komuniti Kg. Padang Jejawi ke sesi taklimat dan demonstrasi projek pengekstrakan minyak gelam komuniti. Objektif projek inovasi Minyak Gelam ini bertujuan bagi menjana pendapatan komuniti B40 di negeri Terengganu dan menjadikan projek rintis ini dengan kerjasama Gerakan Belia 4B dilaksanakan di Kampung Padang Jejawi, Setiu.




