
PESEMPELAN AIR DI SG PELUS BERSAMA PASUKAN PENYELIDIK UPM
25-27 APRIL 2014 - PESEMPELAN AIR DI SG PELUS BERSAMA PASUKAN PENYELIDIK UPM
Aktiviti kerja Pesempelan air Siri 1 di Sg Pelus, Perak bersama pasukan penyelidik UPM dan pasukan penyelidikan ESERI, UniSZA telah dijalankan pada 25-27 April 2014. Aktiviti ini merupakan penyelidikan bersama UPM-ESERI UniSZA dibawah Grant Penyelidikan SCIRNCE FUND-MOSTI yang bertajuk Decision Support System for Environmental Flow Assessment of Altered River: A Case Study of Sungai Pelus Perak. Pesempelan ini akan dijalankan berdasarkan 3 musim yang berbeza iaitu musim kering, musim basah dan musim normal bagi melihat keadaan dan kesihatan persekitaran di kawasan tersebut. Aktiviti kerja Pesempelan air Siri ke-2 di Sg Pelus, Perak dijangka akan dijalankan pada 23-26 Jun 2014.