
LAWATAN UniSZA KE STESEN JANAKUASA HIDRO KENYIR
25 MEI 2014 - LAWATAN UniSZA KE STESEN JANAKUASA HIDRO KENYIR
Satu Kajian Pengurusan Lembangan dan Pelan Pelaksanaan Pembangunan (SIP) Tasik Kenyir akan dijalankan bagi memelihara dan memulihara kelestarian tasik dan ekosistemnya bagi kepentingan bersama. Lawatan tapak pertama ini telah menarik perhatian Naib Canselor UniSZA iaitu Y.Bhg. Prof. Dr. Yahaya Ibrahim dan barisan tertinggi UniSZA bagi melaksanakan projek murni ini bagi kepentingan seluruh rakyat Terengganu amnya dan kursusnya bagi yang berada di lembangan Sungai Terengganu. Projek ini akan dilaksanakan di bawah kerjasama TNBR SDN. BHD, TNB, UniSZA Holding dan ESERI UniSZA disamping agensi-agensi yang kerajaan lain.