
PERBINCANGAN
27 MEI 2014 - PERBINCANGAN DENGAN PERGURUS TNBR DI KENYIR BERHUBUNG PROGRAM 4X4
Mesyuarat bersama TNB di pejabat urusan Projek TNB Hidro-Elektrik Kenyir, Hulu Terengganu bagi membincangkan laluan yang akan digunapakai oleh ESERI dalam Program Ekspedisi Pacuan Empat Roda Siri 1 (ESPER-I) kelak. Mesyuarat telah dihadiri oleh En. Azman dan En. Amri selaku ketua/wakil program ESPER 1 bersama-sama dengan En. Hj Mohd Noh (TNBR), En. Shahril (TNB) dan En. Mohammad Azman (Pengurus Tapak Projek Hidro-Elektrik Hulu Terengganu). Mesyuarat telah memilih dan memutuskan 23 Jun 2014 sebagai tarikh bagi kedua-dua pihak membuat lawatan tapak disepanjang laluan projek hidro-elektrik tersebut.