
Bengkel latihan pengendalian peralatan falak dan asas pengiraan falak
Jabatan Mufti Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) akan mengadakan Bengkel Latihan Pengendalian Peralatan Falak & Asas Pengiraan Falak pada 2-3 Februari 2023 / 11-12 Rejab 1444H (Khamis-Jumaat) bertempat di Balai Cerap KUSZA, UniSZA (KUSZA Observatory, UniSZA). Bengkel 2 hari ini akan dikendalikan oleh Encik Ahmad Taufan (UniSZA) dan Encik Shahrin Ahmad (Falak Online).