
LAWATAN TAPAK 4X4
06 OGOS 2014 - PROGRAM LAWATAN TAPAK EKSPEDISI 4X4
Pada 06 Ogos 2014, seramai 11 orang ahli perserta menyertai program melawat tapak ekspedisi saintifik 4x4 di Sungai Rangup,Air putih, Kemaman, Terengganu. Peserta dari UniSZA seramai lima orang, manakala peserta dari Kelab Stone cold, Kuantan seramai enam orang. Lawatan tapak ini turut di sertai oleh Prof Madya Dr. Hafizan Juahir (Pengarah ESERI), En. Azzizi Jusoh (Pegawai Tadbir), En. Azman Azid (Penolong Pensyarah), En. Mohd Hasif Rodi (Pembantu Operasi) dan En. Adnan Ismail ( Pemandu).
Program melawat tapak ini turut di bantu oleh enam orang pakar dalam bidang pengendalian pacuan emapak roda lasak. Pakar-pakar yang turut serta bersama melawat tapak, di jemput khas dari sebuah Kelab "Stone Cold" sangat arif berhubung selok belok laluan "Sungai Rangup".