
PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA PENYELIDIKAN UniSZA DENGAN UIAM
18 OGOS 2014 - PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA PENYELIDIKAN UniSZA DENGAN UIAM
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) sekali lagi mengorak langkah dengan mula mengadakan perbincangan menjalinkan kerjasama penyelidikan bersama UniSZA dengan UIAM Kuantan. Lawatan di ketuai oleh Pengarah ESERI (Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir) bersama Penolong Pensyarah (En. Azman Azid & En. Khairul Amri) bagi pihak UniSZA. Perjumpaan dari pihak UIA di ketuai oleh Dekan Kuliah Sains (Prof.Dr.Kamaruzzaman Yunus). Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak kelak.