
LATIHAN PERALATAN ASRONOMI RADIO
01 FEBUARI 2015 - LATIHAN PERALATAN ASRONOMI RADIO
Latihan peralatan astronomi radio (Micro-analyzer) diberikan oleh jurutera yang pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik, Dr. Chee Yen Mei Dari syarikat Keysight Technology. Latihan peralatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik-penyelidik di ESERI tentang pencemaran spektrum dalam usaha menjalankan kajian berkaitan terutama dalam kajian astronomi radio di UNISZA. Kajian ini penting dalam usaha ESERI memulakan penyelidikan astronomi radio di Pantai Timur. Lebih kurang 20 peserta di kalangan pensyarah ESERI, UNISZA dan UMT, turut serta penyelidik dan pelajar ESERI yang menyertai latihan tersebut. Latihan ini dijalankan pada 1 Feb 2015 dan ia bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Selain daripada latihan secara teori, peserta juga diberikan latihan ‘hands on’ di luar ESERI. Ini membolehkan peserta memahami dengan cara praktikal dan amali.