
LATIHAN PERALATAN "HYDROLAB"
2 FEBRUARI 2015 - LATIHAN PERALATAN "HYDROLAB"
ESERI terus melangkah menjadi institut yang memiliki kelengkapan terkini untuk kajian Alam Sekitar berkaitan Kualiti Air dengan adanya kelengkapan makmal "Hydrolab DS 5X Water Quality" yang membolehkan kajian kualiti air yang lebih menyeluruh dan lengkap.
Sesi latihan penggunaan alatan Hydrolab telah dijalankan di ESERI yang dihadiri oleh kakitangan dan pelajar ESERI. Semua kakitangan ESERI turut mengikuti latihan ini bagi meningkatkan tahap 'multi-skill' kakitangan ESERI.
Semoga ESERI terus maju jaya untuk UniSZA dan Malaysia.