
PERSAMPELAN DI PASIR AKAR
16 MEI 2015 - PERSAMPELAN DI ALAM SEKITAR DI ANAK SUNGAI LADANG UniSZA, PASIR AKAR, JERTEH
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA) telah diberi kepercayaan menjalankan kajian kualiti air berikutan penemuan anak sungai dalam kawasan ladang UniSZA yang bertempat di Pasir Akar, Jerteh. Sehubungan dengan itu, pihak ESERI telah melakukan aktiviti persampelan di anak sungai tersebut pada 16 Mei 2015 yang lalu.
Hasil kajian ini dijangka membolehkan pihak UniSZA menentukan status kawasan anak sungai tersebut untuk masa akan datang.